Si Pencuri yg Beruntung


Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yangkerjanya mencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatuhari, dia terlihat Nabi Musa a.s. sedang berjalan. Terlintas dihatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa a.s.
Katanya:
“Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga
berkatnya untuk aku.”Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkanniatnya itu.
Dia berkata kepada dirinya: “Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi.”
Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid sedang berlari-lari mengejar Nabi Musa a.s. dari belakang . Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang.

Si pencuri itu berkata pula dalam hatinya; “Baik aku berjalan bersama si abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.” Lantas si pencuri pun segera menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersama-sama dengannya.

melihat si pencuri, si abid terkejut dan terusmerasa takut.Dia berkata dalam hatinya; “Celaka aku kalau si pencuri ini berjalan bersama aku! Takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.”
Si abid terus berlari lebih laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri juga terus berlari mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua:

“Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah.”
Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi.

Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.
Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita.
Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.
Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya.
Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga.
Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik.
Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia.
Selama 40 tahun si abid itu mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah.
Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dirinya hanya layak berjalan bersama para nabi.
Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia.
Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu.
Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang bena-benar berjiwa hamba dan merasakan bahawa Allah itu Tuhannya.

Jangan rasakan ibadah yang dilakukan akan dapat membeli Syurga. Seolah-olah bila setiap kali beribadah, hati merasa lebih baik dan lebih mulia hingga rasa diri tidak layak bergaul atau berjalan bersama orang yang hina dan berdosa.

Pesan ku :

Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata’ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata’ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: